Isu Semasa

UMNO Pencuri….? Niat Lucut Hak Duit UMNO Gagalll

Jangan main-main pasal duit…

Kerana duit bukan takat boleh putus kawan atau hilang sedara, tapi negara pun boleh lingkup sekelip mata. Dah nyata… dah ada bukti macam mana bila duit jadi raja dalam diri. Bila UMNO tak jadi kerajaan ada usaha terus nak burukkan UMNO, konon nak ‘bunuh’ UMNO perlahan-lahan.

SPRM mengumumkan suruhanjaya tersebut telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Termasuk dalam senarai ialah anggota perhubungan Umno negeri Selangor, anggota perhubungan Umno Pahang, anggota perhubungan Umno Kedah, anggota perhubungan Umno Johor dan anggota perhubungan Umno Sabah.

Waktu itu, Dr Mahathir yang jadi PM kata “Apa berlaku dahulu ialah Umno ambil duit yang dicuri untuk diberi kepada bahagian, duit yang dicuri mereka mesti dibayar balik kepada kerajaan. Duit kerajaan yang dicuri Najib … dia bagi kepada bahagian-bahagian dan Umno bahagian (pula) belanjakan duit curi, ‘stolen money”.
https://www.malaysiakini.com/news/480958

OK… tu cerita tahun 2019. Kemudian mahkamah bersidang dan Umno ikut aturan undang-undang. Tak ada satu bahagian pun yang buat kecoh, berguling tepi jalan atau rosakkan harta awam. Sedih… tap payah cakap laa… duit seringgit hilang pun terasa… ini kan lagi juta-juta dan main tuduh kata Umno pencuri…

Ishhh… geram tak usah cakap la… ikut suka hati dia org je… main tuduh lepas tu nak paksa lucut hak…
Tapi makin hari jawapan makin jelas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin tolak permohonan untuk melucut hak wang berjumlah RM2,738,525.08 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1MDB.
https://www.astroawani.com/…/sprm-gagal-lucut-hak-wang…

7 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kerajaan untuk melucut hak terhadap RM192 juta yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB daripada Umno dan Hakim berkata baki wang di dalam akaun bank Umno pada Mei 2019 tidak berkaitan dengan sebarang duit yang didakwa didepositkan oleh bekas presidennya Najib Razak.

Dalam prosiding yang sama, Hakim juga menolak saman kerajaan untuk melucutkan dana didakwa berkaitan 1MDB daripada Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Jumlah yang dinyatakan dalam saman perlucutanhak itu berjumlah RM300,000, RM337,634.78, dan RM777,250 masing-masing dari Wanita MCA, Perano dam Binsabi.

Perano adalah anak syarikat firma tekstil Jakel Trading, manakala Binsabi merupakan syarikat pengurusan acara.
https://www.malaysiakini.com/news/509943

Pada 22 Feb lalu di Johor pula, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan Umno Negeri Johor sebagai responden. Pihak pendakwaan gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677,872.55, yang disita SPRM daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, kononnya skandal penyelewengan dana 1MDB.

https://www.hmetro.com.my/…/mahkamah-tolak-permohonan…

Sebelum tu, pada 17 September 2020, SPRM pun gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang RM700,000 yang disita daripada akaun UMNO Bahagian Pekan yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB juga .
https://www.sinarharian.com.my/…/Permohonan-lucut-hak…

Dipetik dari: FB Ku Zahari Othman