Aktiviti & Komuniti

Puteri UMNO Ceriakan Program Back To School

PUTRAJAYA – Sesi penuh persekolahan kepada anak-anak sekolah rendah yang akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah meraikan mereka melalui Program Back To School.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Jumaitil Laily Zakiah berkata, program ini melibatkan adik-adik yang bersekolah tadika, darjah 1 & 2 dan sumbangan ini disalurkan melalui kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar Putrajaya.

“Jutaan terima kasih buat Dato’ Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri UMNO Malaysia atas sumbangan buat kami di bahagian

“Terima kasih buat semua Ketua PDM, Ketua Puteri PDM dan pengurusan yang terlibat dalam penyusunan program serentak hari ini,” katanya.

Jelas beliau, keseluruhan penerima har ini menerima sebuah beg sekolah sumbangan dari Puteri UMNO Malaysia, manakala, Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya membekalkan botol air dan alat tulis.

“InsyaAllah, minggu hadapan kita sambung lagi dengan PDM yang seterusnya. Moga dengan sumbangan ini akan membakar semangat mereka untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, mendengar kata kedua ibu bapa dan sentiasa tenang serta mudah menerima ilmu,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya