Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Ucap Selamat Hari Wanita Sedunia, Inspirasi Sangat Bermakna

PUTRAJAYA – Kesungguhan, kasih sayang dan dan kecekalan wanita adalah inspirasi yang amat bermakna bagi setiap insan lantaran wanita adalah isteri, ibu malah penguat semangat yang sangat bererti, kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, beliau mendoakan semoga semua wanita akan terus bersemangat dalam menghadapai cabaran semasa khususnya bagi memastikan keluarga berada dalam keadaan seimbang dan membentuk masyarakat yang sejahtera.

“Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita terutamanya warga Putrajaya,” katanya.

Jelasnya, dengan bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Hari Wanita Sedunia tahun ini sememangnya mengangkat aspirasi semangat mereka dalam pelbagai bidang termasuklah ketika mendepani pandemik COVID-19, – UMNOPutrajaya