Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Terus Cakna Kesusahan Rakyat, Biro Kebajikan Turun Padang

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa cakna dengan kemaslahatan rakyat dan menggerakkan Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang tidak pernah menoktahkan gerak kerja dalam usaha memastikan warga tempatan terbela.

Sehubungan itu, anggota Biro terbabit dengan ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman telah turun padang dan melakukan kunjungan ke rumah pesakit di sekitar Ptesint 8, Presint 11 dan Presint 14.

Dalam kunjungan ini, beliau telah menyampaikan salam Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya selain menghulurkan sumbangan serta sokongan moral agar mereka yang uzur akan cekal dan tabah berdepan dugaan.

Semoga dengan mereka yang sakit akan diberikan kesembuhan dan seterusnya bersama-sama mendukung perpaduan demi kesejahteraan bersama. – UMNOPutrajaya