Aktiviti & Komuniti

Puteri UMNO Putrajaya Manfaatkan Masa Dalam Program Ilmu

PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya memanfaatkan masa hujung minggu dengan mengadakan program ilmu.

Kali ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya bersama BNYV Malaysia dan Kuala Lumpur telah berkongsi berkaitan info dan maklumat mengenai proses pembelian rumah dan urusan faraid yang sangat berguna khususnya buat wanita muda.

Info ini amat penting bagi mengelakkan sebarang penipuan dan manipulasi berkaitan hal-hal terbabit memandangkan keperluan terhadap pembelian rumah semakin meningkat sementara isu berkaitan faraid tidak pernah berkesudahan.

Puteri UMNO Putrajaya sedar bahawa golongan wanita muda mesti sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan.

Lantaran itu, dirancangkan lebih banyak lagi program-program ilmu yang akan Puteri Putrajaya 2018-2021 laksanakan. – UMNOPutrajaya