Isu Semasa

Kita Sambung Yang Tergendala…

Lepas kalah PRU-14, kita telah tinggalkan negara dengan kekayaan dan dasar strategik yang baik. Antaranya ialah:

1. 11 buah projek di bawah tujuh NKEA bakal menyumbang RM 1.129 bilion PNK menjelang tahun 2020 serta menarik pelaburan seban­yak RM6.68 bilion.

2. Kerajaan BN berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014.

3. Hasil kutipan GST sebanyak RM42 bilion pada tahun 2016 yang kemudiannya telah dijarah kerajaan PH.

4. Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kemudiannya perlaksanaannya telah dihuru-harakan PH dan kemudian PN.

5. Kerajaan BN juga telah membina dan menaik taraf 6,042 kilometer jalan raya luar bandar, menyediakan akses bekalan air bersih kepada lebih 350,000 buah rumah, 153,000 rumah di kawasan luar bandar

6. Bagi keselamatan rakyat pula iaitu NKRA Jenayah, Indeks Jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 47 peratus.

7. Program mega seperti Rapid Pengerang telah berjaya menaiktaraf kehidupan penduduk di luar bandar dan sekali gus memacu ekonomi negara.

8. Dibawah agensi seperti Felcra, kerajaan melancarkan Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk golongan belia.

9. Program 1Azam dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 bagi menceburi bidang perniagaan.

10. Nasib pelajar dan mahasiswa juga dibela ketika zaman BN melalui pemberian baucar buku 1Malaysia, biasiswa MyBrain15 dan pengecualian bayaran PTPN bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama.

Terbukti hanya kerajaan BN yang mampu mengembalikan kestabilan, keharmonian dan manfaat ekonomi serta sosial kepada rakyat dan negara.

Ayuh rakyat Malaysia! Kita undi BN pada PRU-15 akan datang. Kita #SambungYangTergendala.

Demi masa depan yang lebih baik.

Dr Najmil Faiz Mohamed Aris