Rencana

UMNO Buat Apa 60 Tahun? Really?

Soalan ni bunyinya macam stylo la. Klishe gitu. Tapi sebenarnya soalan bongkak, tak sedar diri dan bodoh sombong. Yang bertanya tu pun baru kenal hidup tak sampai 20 tahun… Celik mata ajer semua kemudahan dah ada.

Cuba kau tanya pada Mak Bapak kau atau Atok Nenek kau UMNO buat apa 60 tahun…Tak pun tanya Annuar Musa!

Tak pun kau tanya pada pemimpin pemimpin DAP, diorang pun tahu apa yang UMNO buat pada orang Melayu selama 60 tahun. Sebab tu diorang memekak nak buat Malaysian Malaysia!

Aku pun tak boleh nak cerita lah UMNO buat apa 60 tahun sebab aku pun baru nak masuk 58 tahun tapi aku tahu apa yang UMNO dah buat pada aku, keluarga aku, masyarakat aku dan orang Melayu selama 50 tahun!

Yang tanya tu pulak orang Melayu Bandar ala ala elit! Cuba kau tanya Mak Bapak Atok Nenek korang masa mula mula datang KL tahun 70’an..

Kebanyakan yang datang tu buat rumah setinggan, paip air satu kongsi 20 rumah, berak jamban gantung tepi sungai!

Sekarang bila dah dapat kondominium, duduk rumah teres bukan main celupar nak tanya UMNO buat apa 60 tahun!

Ya, selepas UMNO hampir kalah pada PRU1969 dan Selangor tumbang pada Parti Gerakan dan DAP, Dato Harun menteri besar Selangor masa tu menyeru orang kampung supaya berhijrah ke KL buat rumah setinggan. Masa tu KL masih lagi dibawah kerajaan Selangor. Maka ramailah orang Melayu yang datang pacak buat rumah dimana mana tanah kerajaan dipinggir Kuala Lumpur.

Mereka buat gotong royong, sehari saja siap satu rumah. Sampai dapat gelaran “Rumah Kilat” sebab naik cepat macam kilat! Siap saja satu kampung rumah setinggan terus tubuhkam cawangan UMNO! Minta itu ini. Anak nak bantuan buku free cari UMNO. Nak biasiswa cari UMNO. Anak masuk asrama, cari UMNO. Anak masuk universiti, cari UMNO Anak dapat pergi belajar luar negeri, cari UMNO sampai satu cawangan hantar pergi sampai Subang Airport.

Nak buat court badminton pun minta UMNO. Nak meja pingpong pun minta UMNO! Aku masuk UMNO pun pasal nak masuk tournament badminton. Nak main bola wakil bahagian.

Kalau nak tahu, sekitar Kampong Baru, Dato Keramat, Cheras, Ulu Klang, Lembah Pantai, Setiawangsa, Wangsa Maju, penuh dengan rumah setinggan!

Maka anak2 orang Melayu yang terpinggir dikampung dapat bersekolah dengan baik dan cukup kelengkapan dan mereka dapat biasiswa dan itu ini sampai masuk universiti. Lepas tu dapat kerja di syarikat syarikat besar sebab ada kuota Melayu 30%. Siapa yang perjuangkan kalau bukan UMNO?

Yang tak ada modal, UMNO bagi modal melalui MARA buat berniaga. Sekarang dah ada syarikat besar anak anak korang tanya apa UMNO buat?

Sekarang korang dah duduk kondo, duduk banglo dan duduk rumah teres sambil hisap vape asap kepul kepul, korang tergamak tanya UMNO buat apa 60 tahun?

Yang patut korang tanya ialah apa kerosakan yang PH buat selama 22 bulan

Copy & paste dr group sebelah….