Aktiviti & Komuniti

Serunding Untuk Komuniti Putrajaya, Ramadan Kareem Eratkan Silaturrahim

PUTRAJAYA – Biarpun suasana berbeza lantaran penularan COVID-19 masih berlaku, namun hal tersebut tidak membataskan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam mengimarahkan Ramadan.

Hal ini dilakukan dengan mengadakan sumbangan serunding kepada komuniti Putrajaya yang dilaksana secara terus ke rumah-rumah penduduk secara berperingkat oleh sukarelawan yang berkhidmat. Agihan serunding ini telah dibuat yang bermula di Presint 14 dan akan berterusan sehinggalah Ramadan dengan capaian keseluruhan komuniti setempat.

Sememangnya, usaha tersebut bukanlah sesuatu yang baharu bagi warga Putrajaya kerana ianya telah menjadi amalan kepada wakil rakyat Putrajaya dalam menyantuni masyarakat sepanjang Ramadan.

Perkara tersebut juga dilaksana bukan sahaja sebagai berkongsi juadah pada bulan Ramadan tetapi juga adalah kebersamaan ‘ketua kampung’ bersama penduduk setempat setiap hari sepanjang Ramadan. – UMNOPutrajaya