Aktiviti & Komuniti

Ceria Ke Sekolah Bersama TNB & UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan kerjasama dalam Program Ceria Ke Sekolah yang memberikan sumbangan beg sekolah kepada anak-anak Putrajaya.

Melalui program ini, sumbangan beg sekolah dihantar terus ke sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya dengan agihannya akan disampaikan oleh pihak sekolah kepada para pelajar khususnya mereka yang terdiri daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah.

Melalui program ini diharap akan dapat mendorong dan menyuntik semangat anak-anak supaya terus berusaha gigih untuk berjaya dalam pelajaran masing- masing.

Di samping itu, ia juga dianjurkan bertujuan membantu meringankan beban keluarga terutamanya ibubapa yang mempunyai anak bersekolah.

TNB dan UMNO Putrajaya sedar bahawa golongan pelajar perlu terus dibantu sama ada dengan sokongan moral dan keperluan barangan agar mereka terus terdorong menimba ilmu dan memastikan kejayaan masa hadapan. – UMNOPutrajaya