Aktiviti & Komuniti

Warga Putrajaya Terus Dihargai, Nur Ramadan Pererat Silaturrahim

PUTRAJAYA – Suasana Ramadan seperti tahun sebelum berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19 tentunya amat menggamit kerinduan dengan kebersamaan komuniti setempat yang tentunya akan meraikannya.

Namun demikian, Nur Ramadan yang menjadi tradisi kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberikan sumbangan serunding kepada rakyat tetap dilaksana.

Sememangnya inilah kukuhnya ikatan silaturrahum yang diterapkan oleh ‘ketua kampung’ kepada warga Putrajaya setiap kali datangnya Ramadan.

Semoga dengan sumbangan yang diberi ikatan terjalin akan terus kukuh dengan ingatan tanpa henti Tengku Adnan selaku Ketua UMNO Bahagian Putrajaya kepada masyarakat setempat. – UMNOPutrajaya