Aktiviti & Komuniti

Alhamdulillah, Terima Kasih Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Berat mata memandang, berat lagi baru yang memikul namun huluran bantuan dan perhatian yang diberikan oleh pemimpin berjiwa rakyat memberi seribu makna yang tak dapat diungkapkan bagi keluarga yang berdepan dengan kesusahan.

Demikianlah diibaratkan kepada keprihatinan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa cakna terhadap kesusahan warganya dengan sedaya upaya akan menyalurkan bantuan sebagaimana keperluan yang wajar.

Terbaharu, keluarga bagi warga emas di Putra Harmoni telah menzahirkan penghargaan kepada Tengku Adnan lantaran kesungguhan memberikan bantuan kepada rakyat dengan melihat kepada keperluan direalitikan.

Ini diungkapkan dengan sumbangan katil hospital yang diberikan kepada warga emas terbabit bagi penggunaan seharian ekoran berdepan dengan masalah kesihatan.

Sememangnya, sumbangan terbabit amat besar maknanya kepada penerima kerana ia memberi kemudahan dan dapat digunakan sepenuhnya bagi memastikan keselesaan warga emas terbabit.

Semoga kita semua mendapat manfaat atas sumbangan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk oleh Tengku Adnan yang sentiasa berusaha memastikan komuniti Putrajaya terbela dan sejahtera. – UMNOPutrajaya