Terima Kasih Ahli Parlimen, Cakna Keperluan Kami – Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Komuniti terkesan pandemik COVID-19 khususnya mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah akibat jangkitan atau kontak rapat menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat.
Bagi mereka sumbangan dan perhatian dari Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ketua Kampung amat menyentuh hati kerana ia dibuat secara berterusan sejak pandemik terbabit menular sejak lebih setahun lalu.
Bagi salah seorang mangsa COVID-19 di Presint 11, beliau amat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh wakil rakyat Putrajaya itu.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana mendapat bantuan dan perhatian dari Datuk Seri Tengku Adnan … Terima kasih dan semoga Allah kurniakan kesejahteraan buat kita semua,” katanya.
Dalam sumbangan kepada rakyat khususnya mereka yang perlu menjalani kuarantin di rumah, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya melalui Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya telah melaksanakan gerak kerja bagi memastikan bantuan barangan keperluan sampai ke rumah-rumah mereka.
Selain sokongan moral berterusan, warga Putrajaya diseru sama-sama berdoa akan kesembuhan mereka yang positif COVID-19 serta penyakit wabak terbabit dapat dikekang lantas Putrajaya kembali bebas dari pandemik terbabit. – UMNOPutrajaya