Aktiviti & Komuniti

Ahli Parlimen Terbaik… Terima Kasih Sentiasa Berusaha Bantu Kami – Ketua UMNO Cawangan

PUTRAJAYA – Ucapan terima kasih secara terbuka warga Putrajaya terhadap Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah dizahirkan oleh Ketua UMNO Cawangan Bunga Iris, Zaini Majid lantaran keprihatinan ‘ketua kampung’ berjiwa rakyat.

Zaini mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan barangan keperluan yang diberikan kepada komuniti Iris yang terlibat dalam pandemik COVID-19.

“Jutaan terima kasih atas sumbangan untuk warga Iris yang terlibat positif dan juga yang diarahkan kuarantin kerana close contact akibat wabak COVID-19.

“Kami doakan Datuk Seri terus sihat dan kekal menjadi ‘khalifah’ kami di Putrajaya selagi ada hayat. Datuk Seri adalah khalifah (Ahli Parlimen) terbaik yang pernah kami ada.

“Segala puji bagi Allah yang takdirkan kami penduduk Putrajaya mendapat ketua yang prihatin… hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan Datuk Seri,” katanya yang bersama-sama anggota ahli jawatankuasa UMNO Cawangan terbabit dalam melunaskan penyerahan barangan kepada mereka yang terlibat.

Dalam masa yang sama, Zaini turut merakamkan penghargaan kepada pihak UMNO bahagian yang berusaha keras dalam membantu melaksanakan semua urusan.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih. Insya-Allah… kami sentiasa bersama dengan kepimpinan Datuk Seri. Akhir kata JazakAllahu khairan jaza,” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa menghulurkan sumbangan khususnya berbentuk makanan keperluan harian yang diberikan kepada rakyat melibatkan golongan yang memerlukan.

Namun demikian, sejak COVID-19 melanda lebih setahun yang lalu, sumbangan barangan makanan melibatkan beras, susu, gula, telur, makanan dalam tin, biskut kering dan makanan dalam botol lebih aktif digerakkan dengan ketua-ketua UMNO Cawangan dan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya menjadi perantara penting dalam membantu kelancaran pelaksanaannya. – UMNOPutrajaya