Aktiviti & Komuniti

Penutupan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya Untuk Proses Sanitasi

PUTRAJAYA – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya dan Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya ditutup bermula hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 di sini.

Dimaklumkan bahawa penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.

Penutupan tersebut dilakukan sebagai langkah segera berikutan terdapat kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19 hari ini.

Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya akan kembali dibuka untuk operasi dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan kemudian setelah langkah sewajarnya dilaksana.

Penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit dan membolehkan proses disinfeksi serta sanitasi dijalankan bagi mengelak penularan. – UMNOPutrajaya