Mendepani Rakyat Dengan Sumbangan Prihatin Dalam Tempoh PKP
PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya sentiasa digerakkan untuk proaktif agar dapat melegakan seketika keperitan ekonomi rakyat dalam mendepani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melakukan perkara utama yang patut khususnya dalam memastikan kebajikan komuniti Putrajaya terus terjamin.
Dalam hal ini, beliau sentiasa cakna agar setiap bantuan disalurkan terutamanya kepada mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah lantaran penularan COVID-19.
Ini kerana beliau memahami bahawa apa yang diperlukan rakyat dalam menghadapi krisis kesihatan dan ketidakstabilan ekonomi adalah kelangsungan kehidupan yang sejahtera bersama keluarga.
Dilaporkan, kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 7,654 berbanding 6,387 kes semalam, sekali gus menjadikan kumulatif adalah 792,693 kes.
Selangor masih mencatat kes harian tertinggi dengan 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1,550); Negeri Sembilan (698); Kedah (337); Johor (313); Sarawak (286); Melaka (230) dan Sabah dengan 225 kes.
Pulau Pinang pula mencatatkan 185 kes diikuti Pahang (180); Kelantan (118); Perak (94); Labuan (82); Terengganu (61); Putrajaya (33) dan Perlis dengan dua kes. – UMNOPutrajaya