Aktiviti & Komuniti

Program Kongsi Rezeki Puteri Putrajaya 3.0 Cakna Wanita Muda Terkesan COVID-19

PUTRAJAYA – Penularan pandemik COVID-19 masih berlaku dengan rakyat terpaksa mematuhi langkah yang ditetapkan kerajaan iaitu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melandaikan jumlah jangkitannya.

Lantaran itu, ramai warga Putrajaya yang terkesan ekoran kesan langsung yang dilalui khususnya melibatkan kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung akibat aktiviti harian yang terjejas.

Dalam hal ini, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diterajui oleh ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah meneruskan Program Kongsi Rezeki Puteri Putrajaya yang menjadi bukti kebersamaan UMNO bersama rakyat.

“Alhamdulillah, perjalanan program hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh-NYA,” katanya.

Beliau hari ini bersama dengan pengurusan Puteri UMNO Putrajaya telah merancakkan kembali usaha mengedarkan sumbangan barangan asas kepada wanita muda Putrajaya yang memerlukan.

“Jutaan terima kasih buat pengurusan Puteri Putrajaya, ‘team media official’ dan semua pihak yang terlibat dalam membantu memberikan sumbangan kepada wanita muda yang memerlukan.

“Moga dengan rezki ini dapat bantu meringankan bebanan yang dialami oleh wanita muda yang memerlukan,” ujarnya yang menanamkan azam untuk terus aktif dalam membantu rakyat. – UMNOPutrajaya