Aktiviti & Komuniti

Teruslah Patuhi SOP, Insya-Allah Mereka Terkesan Sentiasa Dibantu – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian COVID-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bshagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan harapan agar komuniti setempat akan terus mematuhi arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan usaha meutuskan rangkaian COVID-19 dapat diputuskan.

Katanya, angka jangkitan COVID-19 masih tinggi dan masih berlaku penularan yang bermakna masyarakat setempat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Harap semua teruskan amalan kawalan kendiri dan patuhi SOP. Saya faham ramai yang terkesan tapi kita mesti sama-sama berusaha depani keadaan hari ini,” katanya.

Dalam hal ini beliau memahami kebimbangan masyarakat dalam berdepan dengan kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih terus dilaksana sehingga kini.

“Insya-Allah, saya melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya akan pastikan bekalan makanan asas sampai khususnya kepada mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

“Kita dalam satu keluarga besar yang perlu sentiasa cekal dan saling menyokong untuk sama-sama berdepan masa-masa sukar.

“Moga Allah SWT angkat COVID-19 dari negara kita dan muka bumi ini.”

Hari ini dilaporkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian COVID-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794); Kuala Lumpur (609); Kedah (415); Melaka (411) dan Johor (407).

Selain itu, Pahang mencatatkan 314 kes; Sabah (298); Sarawak (235), Pulau Pinang (231); Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45). – UMNOPutrajaya