Aktiviti & Komuniti

Anggota Polis Terkesan COVID-19 Dibela, Tengku Adnan Salur Sumbangan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Pusat Khidmat Parlimennya hari ini menyampaikan sumbangan barangan makanan keperluan asas khusus untuk anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang terkesan COVID-19 dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Puan Husna Abd Rahaman selaku Pengerusi Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian bagi mewakili Tengku Adnan, di sini.

Sememangnya, Tengku Adnan selaku wakil rakyat prihatin sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dalam semua peringkat termasuklah golongan ‘frontliners’ yang saban hari berdepan amanah bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyatnya.

Dilaporkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (RT) di Putrajaya semalam adalah melebihi 1.0 adalah iaitu 1.26 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu iaitu 1.31. – UMNOPutrajaya