Aktiviti & KomunitiBerita

Syukur Terus Pertahan Prinsip Perjuangan … Demi Agama, Bangsa Dan Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta ahli-ahli parti di akar umbi untuk terus menghormati organisasi UMNO dan kekal ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Beliau berkata, dalam apa-apa juga keadaan memahami aspirasi UMNO dengan menghayati asas tujuan penubuhannya akan dapat memperkukuh prinsip perjuangan iaitu demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta.

“Kita perlu sentiasa pertahankan keputusan parti yang telah dibuat secara kolektif , malah itulah juga yang saya sentiasa sematkan di hati kerana perjuangan kita ini adalah lilahi taala.

“Walaupun saya pernah di pujuk untuk melompat parti… malah dijanjikan dengan maca-macam perkara tetapi saya tetap berpegang kepada prinsip perjuangan dalam UMNO. Apa yang pasti adalah mempertahankan keputusan ‘no Anwar and no DAP.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum memulakan majlis kesukuran dan doa selamat atas keputusan Mahkamah Rayuan yang telah melepas dan membebaskannya daripada tuduhan rasuah.

Majlis yang diadakan malam tadi telah dilaksanakan secara maya melalui aplikasi ‘google meet’ membabitkan warga Parlimen Putrajaya termasuklah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya, Ketua-ketua Cawangan dan juga anggota parti. – UMNOPutrajaya