Berita

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri Mohd Najib

PUTRAJAYA – Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama ahli jawatankuasanya, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya merakamkan ucapan selamat hari lahir buat Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Semoga Datuk Seri Mohd Najib dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan serta sentiasa cekal dalam mengharungi cabaran dan pelbagai dugaan liku kehidupan.

Sesungguhnya, sifat tenang dan berjiwa besar Datuk Seri Najib mendepani pelbagai perkara yang menjadi bahan berita media massa menjadi inspirasi kepada rakyat dalam menyokong kebenaran dan menentang kebatilan.

Teruskanlah bersama UMNO untuk bantu rakyat dan mendampingi semua dengan info-info serta perkongsian kepakaran dalam ekonomi serta kebejatan dalam kepimpinan negara.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak! – UMNOPutrajaya