Aktiviti & Komuniti

Angka Jangkitan Tinggi, Teruskan Patuhi SOP… Sumbangan Prihatin Terus Dihulur – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memahami bahawa rakyat amat terkesan dengan dengan penularan pandemik COVID-19 yang masih mencatat angka tinggi.

Katanya, sudah dua hari berturut-turut negara catat kes jangkitan COVID-19 lebih angka 15,000.

“Ramai yang terjejas dan mengeluh… tapi janganlah putus asa, kita teruslah patuhi SOP, amalkan kawalan kendiri dan duduk di rumah jika tak ada perkara yang betul-betul perlu.

“Kita mesti sama-sama berusaha dan sama-sama terus berdoa moga Allah SWT angkat COVID-19 dari negara kita dan muka bumi ini.

“InsyaAllah, saya melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya akan usahakan bantuan prihatin bekalan makanan asas sampai kepada mereka yang terkesan khususnya yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Hari ini juga melalui wakilnya, Tengku Adnan telah menyerahkan 67 set bantuan bakul makanan kepada MIC Putrajaya untuk diagihkan kepada ahli-ahli yang terjejas.

“Saya harap bantuan yang diberi akan dapat meringankan beban,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut menghargai sokongan dan bantuan para sukarelawan Putrajaya yang banyak melancarkan melaksanakan agihan sumbangan barangan asas kepada mereka yang terjejas di sini. – UMNOPutrajaya