Berita

Terima Kasih Tengku Adnan… MIC Putrajaya Hargai Sumbangan, Terus Komited Zahir Sokongan

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Bahagian MIC Putrajaya, Panir C. melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang yang prihatin terhadap keperluan golongan yang terkesan akibat COVID-19.

Semalam, MIC telah menerima 67 set sumbangan bakul makanan mengandungi pelbagai barangan keperluan asas yang dikhaskan kepada mereka yang terkesan akibat penularan berpanjangan pandemik COVID-19.

Jelas Panir.C, sumbangan bakul makanan yang diterimanya akan diagihkan kepada penyokong MIC di Putrajaya yang turut sama terkesan dan memerlukan sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya amat menghargai sumbangan segera yang disalurkan dan bakul makanan ini akan diberikan kepada anggota MIC yang terkesan di Putrajaya.

“MIC Putrajaya sentiasa menyokong kepimpinan wakil rakyatnya dan akan memastikan ahli-ahlinya juga sentiasa memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Tengku Adnan,” katanya lagi.

Semalam, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah menyalurkan sumbangan bakul makanan melalui wakilnya sebagaimana permintaan MIC tempatan bagi memenuhi bantuan kepada anggota mereka yang turut menjadi mangsa ekoran pandemik COVID-19. – UMNOPutrajaya