Terima Kasih Ketua Kampung, Warga Putrajaya Bertuah Miliki Pemimpin Berjiwa Rakyat
PUTRAJAYA – Kehadiran COVID-19 merupakan ancaman besar yang telah menyebabkan kelumpuhan ekonomi dunia termasuklah warga Putrajaya yang turut terjejas dari segi pendapatan dan kehidupan harian.
Namun demikian, bagi masyarakat Putrajaya, mereka menzahirkan rasa bertuah kerana memiliki pemimpin berjiwa rakyat iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen yang sentiasa prihatin dengan keperluan dan keselesaan masyarakat.
Hal ini dibuktikan dengan penyaluran sumbangan barangan keperluan asas yang berterusan sejak COVID-19 menular awal tahun lalu malah ia terus diaktifkan meliputi semua peringkat tanpa melihat kepada kedudukan dan latar belakang.
Apatah lagi terhadap mereka yang terjejas secara langsung akibat COVID-19 sama ada menjadi mangsa wabak terbabit dan terpaksa mendapat rawatan atau menjalani kuarantin di rumah yang tentunya akan dikenalpasti oleh ‘ketua kampung’ terbabit.
Bagi salah seorang pesakit yang dijangkiti COOVID-19, bantuan dan sumbangan dari Tengku Adnan amat dihargai malah menyentuh jiwanya sebagai seorang insan yang berdepan kesulitan.
“Saya sekeluarga rasa sangat terharu, Kami 12 orang positif dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah tetapi kami sangat berterima kasih pada Datuk Seri kerana Datuk Seri Kunan sangat prihatin terhadap rakyat. Sokongan dan bantuan Datuk Seri sangat-sangat kami hargai.
“Semoga Allah sentiasa beri rahmat pada Datuk Seri sekeluarga dan kepada semua staff Datuk Seri agar sihat untuk menjalankan tugas. Terima kasih sekali lagi dari kami,” katanya yang enggan dikenali.
Untuk rekod, dilaporkan negara berdepan ‘Gelombang Ketiga’ Pandemik COVID-19 dengan rekod kes harian baharu melepasi 20 ribu untuk dua hari berturut-turut, sementara kes kumulatif kematian mencatat lima angka dengan Putrajaya turut tersenarai sebagai wilayah yang peningkatan kes meningkat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.