Isu Semasa

UMNO Dipaksa Adakan Pemilihan … Ordinan Darurat Belum Batal…

Dulu ada cerita pengadil hentikan permainan sebab hujan turun renyai-renyai. Itu bila Parlimen dihentikan walaupun agenda belum tamat. Alasan covid.

Sekarang pengadil paksa bermain semula walaupun air di padang dah naik paras pinggang. Ini arahan pemilihan Umno diadakan juga seluruh negara.

Dia orang tahu, pemilihan bukan sekadar untuk pucuk pimpinan tertinggi. Juga di 20,000 cawangan, 191 bahagian dan sayap2. Tak boleh sekadar cukup korum, kat kampung mana main online. Mesti dalam dewan atau rumah. Aturannya kena doa, ucapan, bentang laporan, bahas, baru ngundi.

Agaknya polis kena bersedia kalau pak cik, mak cik langgar SOP, bawak anak, makan laksa, entah ada derian. Ordinan Darurat belum batal. Kompound tetap 10K sorang.

Dah gagal kawal covid, hospital sesak, ICU tak cukup, sekarang brp kontena pegawai ni nak hantar ke seluruh negara kalau kematian terus meningkat?

(Gambar, surat dulu kata tiada halangan tangguh pemilihan sebab covid. Tetiba semalam mintak pemilihan kena buat jugak. Sewaktu kes 20K)

Shabery Cheek