Santuni Rakyat… Bakul Makanan Untuk Pengusaha Taska/Tadika
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat Putrajaya khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19.
Lantaran itu, hari ini melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diwakili oleh Puan Husna Abd Rahaman, sumbangan bakul makanan bagi pihak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pengusaha-pengusaha dan warga pendidik taska dan tadika Putrajaya telah dilaksanakan.
Puan Husna yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya bersama ahli jawatankuasanya telah menyampaikan salam dari ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan yang amat prihatin bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Dalam masa yang sama, golongan pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya menzahirkan rasa amat terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan Datuk Seri Tengku Adnan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.