Berita

Salam Maal Hijrah… Moga Tahun Baharu Memberi Keberkatan Kepada Kita

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam khususnya di Putrajaya.

Beliau berharap agar kedatangan tahun baharu 1443 Hijrah akan membawa keberkatan dan mengembalikasn kesejahteraan dengan COVID-19 yang sedang melanda berjaya diperangi.

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama berusaha mengharungi cabaran dan semoga Maal Hijrah ini ada sinar baharu untuk kita semua,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak untuk meneruskan usaha mengekang penularan COVID-19, tingkatkan kawalan kendiri dan pematuhan SOP serta tidak putus memanjatkan doa kepada Allah SWT. – UMNOPutrajaya