Putrajaya Semarakkan Semangat Patriotik Dengan Kibaran Jalur Gemilang
PUTRAJAYA – Bersempena bulan Ogos yang selari sebagai bulan Kemerdekaan, warga Putrajaya mula menyemarakkan semangat cintakan tanah air dengan memasang bendera ‘Jalur Gemilang’
Biarpun sekarang ini negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, ternyata ia tidak menjadi penghalang buat komuniti Putrajaya untuk membudayakan amalan kibaran Jalur Gemilang dalam meraikan Bulan Kebangsaan.
Walaupun kemerdekaan negara tidak dapat diraikan dengan meriah sejak tahun lalu namun begitu, semangat cintakan negara dengan kibaran Jalur Gemilang menjadi bukti keutuhan rakyat terhadap semangat patriotik tidak pernah luntur.
Dalam keadaan tersebut, pematuhan kepada SOP yang ditetapkan kerajaan sentiasa dilaksanakan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.