Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Prihatin Terus Diaktifkan, Warga Putrajaya Keutamaan ‘Ketua Kampung’

PUTRAJAYA – Tiada siapa menyangka penularan pandemik COVID-19 masih berterusan sejak dikesan dalam negara awal tahun lalu. Lantaran ramai yang terkesan, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengambil langkah proaktif menyalurkan bantuan prihatin kepada mereka yang terjejas.

Biarpun lebih setahun berlalu, bantuan prihatin dari ‘ketua kampung’ berjiwa rakyat ini terus dilaksana secara berperingkat khususnya dalam memastikan mereka yang menjadi mangsa COVID-19 sama ada terpaksa menjalani kuarantin di rumah atau keluarga yang terjejas mendapat perhatian.

Lebih dari itu, sumbangan yang di salur sampai terus ke pintu rumah mereka yang terjejas kerana Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya melaksanakan amanah sebagaimana hasrat Datuk Seri Tengku Adnan yang inginkan kesejahteraan dan kebajikan komuniti Putrajaya sebagai fokus utama.

Ternyata, kesungguhan ‘ketua kampung’ yang sentiasa mengambil berat berkaitan rakyat selari dengan keutamaan dalam satu keluarga besar Putrajaya.

Dalam masa yang sama, beliau sentiasa menekankan tentang pentingnya keutamaan untuk terus patuh kepada SOP dan sama-sama berdoa agar COVID-19 diangkat dari muka bumi.

Dilaporkan, kes baharu harian COVID-19 dalam negara hari ini turun kepada 18,762 dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 20,897 kes semalam dengan jumlah kumulatif kes positif kini adalah sebanyak 1,765,016 kes.

Putrajaya adalah antara tiga negeri kekal mencatatkan kes bawah 100 iaitu 34 kes di samping Perlis (33) dan tiga kes di Labuan. – UMNOPutrajaya