Tuntutan Rakyat Untuk Kelangsungan Hidup

Alasan tak perlu tunai 10 Tuntutan Rakyat yang dipelopori Dr Asyraf Wajdi Dusuki kerana kerajaan perlu lebih guna wang bagi naikkan semula ekonomi ini alasan tak masuk akal.

Kalau kita tengok daripada 10 tuntutan itu, suntikan tunai yang diminta daripada kerajaan hanyalah percepat dan tambah bantuan tunai kepada rakyat dan peniaga saja. Ikut pakej terakhir, jumlah kedua-dua ini cuma RM5.7 bilion. Amaun ini tak sampai 0.4% pun daripada KDNK negara. Apa kedekut sangat?

Betul saya juga dari awal tak setuju mana pengeluaran KWSP. Yang kurung kita ni adalah kerajaan. Yang tak bagi bukak kedai ni kerajaan. Yang tak bagi masuk ofis ni kerajaan. Jadi kerajaanlah yang salurkan bantuan. Apahal nak keluarkan duit pencen pula?

Tapi tuan-tuan, kalau kerajaan berkira maka kita nak buat macammana? Gaji pekerja tetap kena bayar walaupun pejabat tutup. Sewa kedai tetap kena lunas bila pemilik premis datang menuntut.

Maka sebab itu pengeluaran KWSP ini menjadi penting bagi sesetengah pihak untuk teruskan kelangsungan hidup
Tak payah la bagi alasan konon KWSP tak ada duit. Tahukah anda selepas i-Sinar dikeluarkan dulu, portion money market KWSP sebenarnya naik dari 3% kepada 4%?

Memanglah keluar berpuluh bilion tapi caruman setiap bulan belasan juta pekerja ni kan masuk jugak setiap bulan
Betul memang cara paling cepat nak naikkan balik ekonomi ini adalah dengan laksanakan infrastruktur awam mega.
Tapi kalau hari ini kerajaan umum puluhan bilion projek mega, awak ingat esok terus ikat bata ke? Apa ingat pagi masuk kerja petang nanti terus rakyat dapat gaji ke?

Sebab itu kena ada safety net. 10 tuntutan ini adalah safety net. Safety net ini adalah buffer supaya tak ada rakyat yang tercicir bila kerajaan kickstart balik ekonomi negara.

Antara punca US lambat sembuh daripada krisis ekonomi 1929 adalah bila Presiden Herbert Hoover hanya fokus kepada program infrastruktur awam untuk cipta pekerjaan (termasuk pembinaan Hoover Dam) tapi kurang beri perhatian kepada kebajikan rakyat.

Akhirnya kemiskinan tetap meningkat, perniagaan tutup, keuntungan bisnes makin rendah, bank bangkrap sebab pinjaman tak dibayar dan akhirnya wujud persepsi kehilangan keyakinan rakyat kepada masa depan ekonomi negara.

Kehilangan keyakinan kepada negara inilah yang akhirnya menyebabkan Hoover kalah besar dalam Pilihanraya Presiden 1932 kepada Franklin Roosevelt. Hoover dianggap sebagai antara 3 Presiden terburuk dalam sejarah Amerika (Dua lagi adalah James Buchanan dan Andrew Johnson).

Bila Roosevelt naik maka dia buat program New Deal. New Deal ini bukan saja menambah program infrastruktur awam tapi juga mewujudkan safety net dalam bentuk bantuan tunai dan subsidi kepada petani, orang tua, anak muda serta perniagaan.

Semua perancangan ini dibuat dalam janji 100 hari beliau. Sebab itu semua Presiden – Presiden US selepas Roosevelt akan dinilai oleh rakyat berdasarkan pencapaian 100 hari pertama mereka. Roosevelt la tukang start benda tu.

Roosevelt akhirnya dianggap sebagai antara Presiden US paling cemerlang sebaris dengan George Washington dan Abraham Lincoln.

Formula yang dibuat ini sampai sekarang diamalkan setiap kali berlakunya krisis ekonomi. Safety net sebagai buffer untuk rakyat. Dan kemudiannya projek infrastruktur awam bagi kickstart ekonomi dan mencipta pekerjaan baru.
Benda ni senang je wahai menteri-menteriku sekalian. Tak payah jadi pandai mana pun dah benda ni semua negara pun tengah buat.

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: