Aktiviti & Komuniti

Selamat Hari Malaysia… Semarakkan Rasa Cintakan Tanahair – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya mengajak seluruh warganegara untuk menyemarakkan 16 September yang merupakan tarikh penubuhan Malaysia dengan rasa bangga dan semarakkan rasa cintakan tanah air.

Katanya, rasa kasih sayang dan cintakan tanah air akan dapat menyemai jati diri untuk semangat yg utuh bagi mempertahankan negara walau apa jua dugaan mendatang.

“Kerana itu marilah kita semaikan rasa cintakan negara kita kepada anak-anak kita yang bakal mewarisi tanah air ini kelak dan kita mesti sentiasa berbangga sebagai warganya walau dimana saja berada,” katanya.

Ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, walaupun Hari Malaysia sekali lagi disambut dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat memandangkan negara masih berdepan ancaman COVID-19 namun ia bukan halangan untuk menzahirkan rasa cintakan negara.

Setiap tahun pada 16 Sept pastinya menjadi ingatan kepada rakyat di negara ini kerana ia adalah hari penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 1963. – UMNOPutrajaya