Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Untuk Rakyat… Terima Kasih Pemuda UMNO Putrajaya Mudahkan Agihan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Demi memastikan kelangsungan hidup rakyat sejahtera dalam keadaan mendepani pandemik COVID-19 yang masih belum reda, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melaksanakan program bantuan kepada warga tempatan.

Program untuk rakyat dari pemimpin tempatan ini digerakkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang menjadi pemudahcara dalam mengagihkan beras dan ikan mentah kepada penduduk tempatan.

“Insya-Allah 10 ribu penduduk menerima agihan sumbangan ikan kembong dua kilo dan beras lima kilo yang dilaksanakn secara berperingkat.

“Moga sumbangan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan penghargaan kepada anggota sukarelawan dan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang sentiasa bersemangat dalam memastikan semangat keluarga besar Putrajaya terus kukuh.

“Terima kasih pada jentera dan sukarelawan yang turun padang memudahkan agihan ini. Harap terus tabah dan sama-samalah kita berdoa untuk negara kita bebas dari COVID-19,” katanya lagi yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. – UMNOPutrajaya