Demi Kelangsungan Hidup, Inisiatif Ketua Kampung Terus Salur Bantuan Prihatin
PUTRAJAYA – Hari demi hari berlalu dengan pandemik COVID-19 masih lagi berada di persekitaran masyarakat yang dalam masa sama memberi impak kepada kehidupan secara langsung.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menyalurkan sumbangan prihatin yang merupakan agihan barangan makanan asas khususnya beras kepada para penduduk.
Inisiatif ini dilaksana secara berterusan yang diagihkan berperingkat berdasarkan kepada kawasan dan keperluan semasa penduduk agar mereka yang terhimpit dapat keluar dari rasa gelisah di samping meringkan beban perbelanjaan barangan dapur rakyat.
Lebih bermakna apabila saluran bantuan dilaksana secara terancang yang melibatkan anggota jentera parti terdiri daripada Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya bersama dengan ahli-ahli parti yang sedia berkhidmat.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Tengku Adnan turut menekankan untuk semua jentera termasuklah penduduk Putrajaya agar sentiasa mengutamakan kawalan kendiri dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.