Aktiviti & Komuniti

Agihan Sumbangan: Petugas Barisan Hadapan Tidak Dilupakan

PUTRAJAYA – Petugas barisan hadapan adalah antara pasukan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat khususnya dalam memerangi wabak pandemik COVID-19.

Dalam usaha Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyalurkan sumbangan kepada masyarakat setempat, pasukan petugas barisan hadapan tidak pernah diabaikan malah usaha mereka berkorban masa dan tenaga sentiasa dihargai.

Hari ini, melalui gerakan yang dilaksana oleh Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, sumbangan beras dan ikan kembong dari ‘ketua kampung’ turut disampaikan kepada pasukan petugas barisan hadapan.

Agihan ini dibuat dengan penghantaran terus ke balai polis, balai bomba dan juga hospital hari ini.

Semoga sumbangan yang diagihkan dapat meringankan beban semua rakyat pelbagai peringkat. – UMNOPutrajaya