Berita

Senator Datuk Mohd Hisamudin Bangkitkan Suara Rakyat Di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Suara rakyat di Wilayah Persekutuan di bawa ke Dewan Negara apabila Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya bertanyakan langkah yang dilaksana oleh kerajaan dalam membantu rakyat khususnya berdepan dengan kesan pandemik COVID.

Ini kerana masyarakat di Ibu Kota termasuk Putrajaya amat terkesan dengan penularan wabak terbabit.

“Ibu Kota Putrajaya Di Dewan Negara Warga kota amat terkesan dengan COVID yang melanda dunia dan negara, apakah pihak Kementerian dan DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan mempunyai cadangan untuk memberikan diskaun cukai pintu kepada penghuni kota yang tinggal di rumah bawah RM300,000,” katanya dalam soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menjawab soalan terbabit, Datuk Seri Jalaluddin memaklumkan bahawa moratorium telah diberikan selain pengecualian sewan kepada penyewa PPR iaitu 100 peratus pada tahun 2020 dan pada tahun ini sebanyak 50 peratus.

Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkemas semula proses permohonan penyewaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan meningkatkan jumlah permohonan yang diproses daripada 75 permohonan sebulan kepada 150 permohonan sebulan.

Ujarnya, langkah itu bagi mempercepatkan keputusan permohonan sewa rumah perumahan awam dan PPR DBKL, berikutan terdapat isu lambakan permohonan. – UMNOPutrajaya