Isu Semasa

DUN Melaka Bubar, Beri Laluan Pilihan Raya Negeri Diadakan – Speaker

MELAKA, 5 Okt – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam.
Ab Rauf berkata sepucuk surat telah dikemukakan kepada Mohd Ali yang memaklumkan empat ADUN telah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Sulaiman dan pada masa sama meminta perkenan untuk pembubaran DUN.