Kuarantin Di Rumah: Sumbangan Barangan Makanan Asas Terus Digerakkan
PUTRAJAYA – Dalam keadaan kesulitan dan tekanan ekonomi yang masih belum berakhir, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menyalurkan bantuan khususnya kepada mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah akibat penularan COVID-19.
Tidak dinafikan bahawa angka kes COVID-19 semakin rendah namun jangkitan masih berlaku dengan mereka yang menjadi kontak rapat perlu melakukan kuarantin di rumah demi keselamatan dan kesihatan.
Sehubungan itu, Tengku Adnan yang sentiasa prihatin dengan komuniti Putrajaya terus menggerakkan Pusat Khidmat Masyarakat dengan menyalurkan barangan keperluan asas berupa beras, telur, gula dan beberapa barangan lain.
Semoga bantuan yang dihulur akan dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan dalam pandemik ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.