Berita

Suara Rakyat Di Dewan Negara, Ketua Penerangan UMNO Putrajaya Komited Laksana Amanah

PUTRAJAYA – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya komited bawa suara rakyat apabila saban hari pasti akan bangkit sama ada memberikan pandangan dan bertanyakan soalan berkaitan kepentingan rakyat.

Jika pada hari Selasa beliau membangkitkan persoalan berkaitan kadar cukai pintu dalam pandemik COVID-19, maka hari Rabu diajukan mengenai kerisauan warga Kota yang sangat memerlukan rumah PPR/PA dengan membangkitkan persoalan adakah unit sedia ada ini mencukupi atau akan ada perancangan untuk ditambah pada masa hadapan.

Ini kerana katanya, projek pembangunan semula kawasan atau unit PPR/PA yang lama akan dirobohkan dan diganti dengan unit yang baharu dalam pembangunan semula kawasan berkenaan.

“Jadi kerisauan warga Kota ini perlu diteliti kerana rata-rata warga Kota yang tidak berkemampuan untuk membeli atau menyewa rumah di Wilayah Persekutuan mempunyai peluang untuk menyewa unit-unit ini.

“Dengan permintaan yang tinggi di masa hadapan, diharap Kementerian mempunyai jawapan berkenaan kerisauan ini,” katanya yang mendapat respon postif daripada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dengan berjanji untuk memberi jawapan secara bertulis. – UMNOPutrajaya