Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Kerusi Roda Ceriakan Penerima, Terima Kasih Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Saudara Mohd Syafiq Zamani tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila menerima kerusi roda sumbangan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malah secara spontan beliau menjerit ceria lantaran bantuan yang dihulur amat memberi makna.

Mohd Syafiq adalah pengundi muda dari UMNO Cawangan Ixora yang sememangnya amat menghargai kerusi roda yang disumbangkan kerana ia akan dapat membantu memudahkan pergerakannya yang terbatas.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ malah mengakui keprihatinan wakil rakyat terbabit amat menyentuh hatinya.

Mohd Syafiq juga menzahirkan rasa terharu dengan usaha yang dibuat oleh anggota masyarakat yang sama-sama berusaha merealitikan pemberian kerusi roda kepadanya. Ini termasuklah orang perseorangan hinggalah kepada ahli jawatankuasa dan juga wakil rakyat ‘Ketua Kampung’ yang sentiasa mengaplikasi Putrajaya sebagai satu keluarga besar. – UMNOPutrajaya