Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya Perkemas Gerak Kerja, Siap Siaga Demi Masa Depan Parti

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan anggota parti untuk terus siapa siaga bagi berdepan cabaran demi kesinambungan masa hadapan parti.

Katanya, berdasarkan kepada arahan kepimpinan pusat termasuklah yang terbaharu menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, anggota parti termasuk di akar umno diarahkan agar mempersiap jentera di setiap peringkat untuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihan raya di samping mematuhi SOP.

Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya sebagai antara perkara utama bagi memaklumkan perkembangan parti dan keputusan-keputusan dari kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi.

“Mulai 15 Oktober 2021 hingga 30 November 2021 Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di 191 Bahagian. Adalah diharapkan agar mesyuarat Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mengikuti SOP MKN dan KKM.

“MKT UMNO turut menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas siasatan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib; semakan semula berkenaan kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas,” katanya lagi.

Mesyuarat terbabit berlangsung lancar di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini. – UMNOPutrajaya