Aktiviti & Komuniti

Sana Sini Mesyuarat Cawangan… Akar Umbi Pastikan Perjuangan UMNO Terus Marak

PUTRAJAYA – Penetapan tarikh persidangan Cawangan-cawangan UMNO yang bermula sejak 15 Okt lalu menyaksikan anggota akar umbi bersemangat memastikan perjuangan parti terus marak.

Hal tersebut turut dilaksana di Bahagian UMNO Putrajaya apabila anggota peringkat akar umbi bermula dari Cawangan, Wanita dan Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri UMNO menjalankan tanggungjawab demi amanah terhadap parti.

Bukan itu sahaja, aspirasi pelaksanaan mesyuarat Cawangan juga adalah platform terbaik bagi memastikan asas dan tujuan penubuhan UMNO iaitu demi agama, bangsa dan negara terus dihayati.

Kali ini pelaksanaan mesyuarat Cawangan turut dilakukan dalam norma baharu dengan terus mematuhi SOP bagi memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat dihentikan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga Cawangan-cawangan yang bersidang secara maya lantaran kekangan yang dihadapi.

Ini adalah selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, bahawa mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing.

Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minima ¼ daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada ¼ asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing.

Terdahulu, MKT UMNO pada September lalu telah menetapkan bahawa tarikh persidangan cawangan diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November ini, manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan pada 11 Disember dan 12 Disember 2021 serta Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember 2021.

Begitu juga Perhimpunan Agung UMNO 2021 dijadualkan akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2022. – UMNOPutrajaya