Berita

Turun Padang, Persediaan Pusat Operasi BN Menjelang PRN Melaka

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah turun sendiri ke Melaka bagi melihat persediaan di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov, manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – UMNOPutrajaya