Berita

Biro Penerangan dan Latihan UMNO Putrajaya Bergerak Lebih Aktif Rungkai Isu Semasa

PUTRAJAYA – Biro Penerangan dan Latihan UMNO (PERLU) Bahagian Putrajaya akan bergerak lebih aktif untuk merungkai isu-isu semasa dan info terkini dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan hanya tertumpu kepada anggota parti sahaja tetapi juga kepada khalayak massa.

Ketua PERLU, YB Senator Datuk Hisamudin Yahaya berkata ia adalah perlu bagi memastikan bahawa UMNO bukan hanya sekadar untuk ahli parti tetapi juga adalah khidmat maklumat juga kepada rakyat.

“Anggota PERLU telah sepakat untuk lebih proaktif dan mengubah cara sebagaimana kita siap sedia menyesuaikan diri dengan normal baharu untuk menndepani fasa endemik.

“Ini adalah antara persediaan kita menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) sebagaimana hasrat Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan agar UMNO sentiasa bersama rakyat.

“Kerana itu juga kita sepakat malah sebulat suara mahukan calon BN di Putrajaya terus kekal dalam kepimpinan Datuk Seri Tengku Adnan yang amat mesra dengan penduduk di sini sehinggakan panggilan ‘ketua kampung’ sudah jadi kebiasaan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa PERLU akan menggerakkan aktiviti bukan hanya di peringkat anggota di Bahagian sebaliknya akan menyusur akar hingga kepada ahli-ahli akar umbi.

“Ini adalah bagi memastikan tidak ada yang tertinggal dan semua anggota parti dapat memainkan peranan berkongsi maklumat dan info semasa dengan lebih mudah dan pantas,” katanya lagi.

Lebih penting jelasnya adalah isu-isu tempatan yang perlu ditangi termasuklah aduan-aduan dari para penduduk Putrajaya
Terdahulu beliau memaklumkan bahawa pengaktifan Biro terbabit adalah serentak dengan penjenamaan semula atas nama PERLU. – UMNOPutrajaya