PERLU Mantapkan UMNO Bahagian Putrajaya, Siap Siaga Depani PRU-15
PUTRAJAYA – Kesungguhan melaksanakan persediaan bagi mempersiapkan jentera untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang menjadi aspirasi kepada Biro Penerangan dan Latihan UMNO (PERLU) Bahagian Putrajaya dengan penjenamaan semula sebagai satu pembaharuan.
Biro yang diketuai oleh YB Senator Datuk Hisamudin Yahaya ini mengadakan mesyuarat dalam pengumuman PERLU untuk bergiat lebih aktif dalam membantu memantapkan UMNO Bahagian Putrajaya dan memastikan Parlimen terbabit tetap milik UMNO/Barisan Nasional.
Mesyuarat yang berlangsung lancar malam tadi melibatkan 25 orang anggota yang terdiri daripada ketua-ketua penerangan Cawangan dan juga ketua-ketua penerangan sayap UMNO Bahagian Putrajaya. Anggota yang hadir juga telah sepakat untuk mengadakan perbincangan secara berkala khususnya dilaksanakan dalam kalangan anggota PERLU setiap kali selepas mesyuarat Jawatankuasa Bahagian diadakan.
Ini adalah bagi memastikan gerak kerja dan perancangan yang dibuat selari dengan fokus dan matlamat kepimpinan parti.
Semoga dengan penjenamaan dan pengenalan PERLU akan dapat memberi impak positif dan sumbangan besar kepada perjuangan UMNO yang mendukung hasrat memartabat agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.