Demi Rakyat, Tengku Adnan Terus Gerakkan Sumbangan Prihatin
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam menyantuni rakyat khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang masih menular dilaksana secara berterusan.
Gerak kerja terancang dengan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian serta sukarelawan dari Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya menjadi pemudahcara kepada ‘ketua kampung’ berjiwa rakyat itu untuk menyampaikan barangan keperluan kepada para penduduk yang terkesan khususnya mereka yang masih menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Keutamaan kepada penerima sumbangan terbabit adalah agar dapat meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Ini kerana ramai yang terjejas selepas wabak COVID-19 yang melanda hampir dua tahun, maka dengan inisiatif ini sekurang-kurangnya mereka boleh gunakan untuk persiapan bagi makanan harian keluarga.
Dalam hal ini, Datuk Seri Tengku Adnan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya dan menjamin agar kesejahteraan dapat dikongsi bersama dalam peperangan menentang wabak COVID-19. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.