Isu Semasa

Tikus Suka Nasi. PH Suka Katak

Manifesto PH untuk PRN Melaka hanya retorik. Tidak boleh dipercayai. PH ada track record “janji 100 hari” yang gagal. Satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah.

Tidak perlu diulas panjang manifesto PH. Cukup mengambil satu contoh iaitu janji untuk menggubal Enakmen Anti Lompat Parti bagi menjamin kestabilan negeri Melaka.

Masa berkuasa penuh 22 bulan pun PH tidak buat apa apa pasal lompat parti, inikan pula bila mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Hipokritnya PH ialah apabila menerima calon katak daripada UMNO bertanding atas tiket PKR dan PAN. DAP pula hangat hangat tahi ayam. Mulanya membantah. Tapi sekarang kuat berkempen bantu Idris dan Nor Azman.

PH menggariskan 32 inisiatif dengan tiga teras termasuk Melaka stabil. Stabil apa? PH yang jadi dalang tumbangkan kerajaan BN kerana menjanjikan jawatan Ketua Menteri pada Idris.

UMNO bukan anggota PN. PH dan PN sama sahaja. Mereka datang dari lubuk yang sama. Elok orang Melaka pilih semula BN. Track record cemerlang.

Dr Mohd Puad Zarkashi