Bantuan Prihatin Demi Kebajikan Warga Putrajaya Terus Dilaksana
PUTRAJAYA – Telah lebih setahun masa berlalu selepas jangkitan pertama COVID-19 dikenalpasti di Malaysia yang kemudiannya menular ke seleuruh negara. Pandemik ini telah menjadi wabak yang memberi kesan kepada keseluruhan hidup rakyat termasuklah warga Putrajaya yang kesannya masih dirasai sehingga kini.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan gerak kerja pelaksanaan bantuan prihatin kepada mereka yang terjejas.
Sememangnya usaha tersebut adalah gerak kerja berterusan dengan Tengku Adnan yang lebih akrab dipanggil ‘ketua kampung’ memantau sendiri setiap perjalanan dan pelaksanaannya agar tidak ada mana-mana individu Putrajaya yang terpinggir.
“Insya-Allah gerak kerja pelaksanaan agihan sumbangan prihatin untuk kebajikan komuniti Putrajaya diteruskan. Masih ada yang menjalani dikuarantin di rumah. Moga sumbangan yang diberi dapat ringankan beban,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada anggota jentera dan sukarelawan tempatan yang sentiasa cakna memastikan penyaluran barangan sumbangan sampai ke tangan mereka yang berhak.
“Terima kasih pada yang membantu menyalurkan sumbangan dan sama-sama berusaha membantu memerangi COVID-19.
“Sama-sama terus berdoa untuk COVID-19 bebas dari muka bumi. Teruskan jaga SOP, utamakan kesihatan dan keselamatan,” katanya lagi.
Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.