Aktiviti & Komuniti

Selamat bersidang Perwakilan Wanita, Pemuda Puteri UMNO… Manifestasi Pengukuh Parti

PUTRAJAYA – Hari ini bermulanya persidangan untuk perwakilan UMNO bagi Mesyuarat Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri di seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan selamat bersidang kepada para perwakilan dan bergarap agar mesyuarat tersebut akan menjadi manifestasi pengukuh parti.

“Inilah tanggungjawab dan amanah untuk ahli-ahli UMNO khususnya dalam usaha untuk memantapkan lagi parti dengan menyelami permasalahan rakyat,” katanya.

Terdahulu beliau telah mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya bersama jawatankuasa Bahagian dan Ketua-ketua Cawangan.

Turut sama dibincangkan ialah berkaitan kemaskini isu-isu terkini dan naratif di setiap peringkat agar selari dengan kepimpinan parti.

“Perjuangan demi agama, bangsa dan negara akan tetap jadi keutamaan,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. – UMNOPutrajaya