Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya Lancar
PUTRAJAYA – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung hari ini lancar dengan acara perasmiannya dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Acara yang diadakan di pejabat UMNO Bahagian Putrajaya dilaksana secara tertib yang dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu ‘NegaraKu dan lagu rasmi parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.
Minggu lalu, persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga berjalan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kepimpinan Pusat. Mesuarat terbabit diadakan pada 11 dan 12 Disember ini di seluruh negara sementara peringkat bahagian pada 18 Disember.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pula akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Januari tahun hadapan secara hibrid iaitu gabungan kaedah bersemuka dan maya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.