Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Rakam Takziah, Ibu Mertua Ku Nan Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO Bahagian Putrajaya termasuklah ahli jawatankuasanya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kehilangan ibu mertuanya.

Ibu mertua beliau, Allahyarhamah Raden Ayu Th Sumiar Yuningsih Binti Notokusumo telah kembali ke rahmatullah pada jam 12 tengah malam tadi.
Difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan lepas Zuhor di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat jenazah di Masjid Wilayah, hari ini.

Didoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNOPutrajaya