Isu Semasa

Speaker Parlimen Tolak Bahas Tergembar Banjir… Tak Sensitif

Parlimen adalah medan utama untuk semua kemaslahatan negara dan rakyat di bincang dan di didebatkan.

Ia bukan institusi pegun dan hanya berfungsi mengikut agenda mesyuarat rutin.

Ia adalah institusi moral dan demokratik yang paling utama dalam hidup berbangsa dan bernegara.

Parlimen mesti menjadi tempat paling penting untuk krisis yang melanda negara di rungkai dan dibincangkan oleh semua wakil rakyat.

Dan ia juga tempat di mana Kerajaan seharusnya menjelaskan segala tindakan, dalam kuasanya, untuk menangani segala krisis yang timbul.

Akauntabiliti Kerajaan bukan untuk dijelaskan dalam sidang akhbar. Ia mesti dilakukan di Parlimen sesuai dengan status dan peranan Parlimen itu.

Menafikan usul tergempar di Parlimen bagi membahaskan kemaslahatan nasional paling mendesak dan paling meruncing, pada saat paling genting dan paling perlu, adalah tindakan sangat tidak sensitif, ‘unparliamentary’ dan pengabaian tanggungjawab yang serius.

Tiada agenda lebih besar dan utama dari krisis banjir luar biasa yang melanda negara beberapa hari lepas.

Tiada aturan mesyuarat yang boleh mengatasi kepentingan rakyat kebanyakan yang kehilangan harta benda, nyawa dan memerlukan segala usaha penyelamatan yang segera.

Tiada siapa yang lebih besar di Parlimen selain rakyat dan kepentingan mereka.

Parlimen Malaysia mesti menjadi Parlimen kelas pertama dan bukan menjadi institusi biasa-biasa.

Nampaknya Malaysia semakin mundur ke belakang dalam kematangan demokrasinya, jika kita mempunyai kepimpinan Parlimen yang lebih mengutamakan aturan mesyuarat dari akuantabiliti Kerajaan kepada rakyat.

Parlimen Malaysia sewajarnya lebih baik dari apa yang ada pada waktu ini.

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan